Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


BENGKEL KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Pusat Internet Kg Kalumpang telah mengadakan program usahawan Celik IT - Shopee yang melibatkan usahawan-usahawan sekitar Kalumpang dan Gedangsa. Program ini mendedahkan kepada peserta tentang tips-tips berkesan untuk memulakan pernigaan atas talian melalui platform akaun Shopee....baca selanjutnya

'FUN WITH TUPPERWARE BRANDS'

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama bersama pihak Tupperware Brands. Program bermula pada jam 10.00pagi dengan pendaftaran para peserta. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan wakil Tupperware Brands iaitu Puan Yusmahwati dan Encik Mohd Azli . Pengenalan program berkenaan bahan yang digunakan dalam pembuatan bekas plastik serta menu makanan yang boleh disimpan dalam peti sejuk. Para peserta juga diperkenalkan dengan teknik penyimpanan menu dengan betui untuk mengelakkan pencemaran makanan di dalam peti sejuk. Slot kuiz dan menjawab soalan juga dijalankan selepas selesai penerangan. Selain itu, demo masakan yang cepat dan sihat juga diadakan untuk memberi pendedahan akan cara penyediaan makanan dengan betul. Pada akhir program, cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah bagi para pemenang....baca selanjutnya

'CREATIVE PUZZLE & MINI EXPLORACE'

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2019

Pusat Internet Felda Gedangsa telah mengadakan aktiviti Mini Explorace (Bahan Kitar Semula). Program dijalankan bermula jam 10.00 pagi dengan 12 orang peserta. Aktiviti bermula sekitar jam 10.00 pagi dengan sesi taklimat dan pengenalan berkenaan program serta pemilihan ahli kumpulan. Kemudian sesi ice breaking antara peserta dijalankan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA SEKAMPUNG

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Jamuan ini merupakan salah satu program tahunan yang melibatkan Persatuan Peniaga Felda Gedangsa dan staf pusat internet bersama pihak MPKK serta agensi lain dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Felda Gedangsa. Program ini dijalankan khusus untuk meraikan sambutan hari raya secara besar-besaran untuk semua penduduk Felda Gedangsa....baca selanjutnya

ICE BREAKING: THINKING OUT OF THE BOX

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019

Program bermula sekitar jam 10.00 pagi, taklimat ringkas berkenaan program diberikan oleh staf pusat internet. Selain itu, info-info terkini berkenaan pusat internet turut disampikan sbelum memulakan aktiviti dan sedikit penerangan tentang e-waste diberikan kepada peserta. Program ice breaking ini dibimbing oleh Mohd Faiz yang juga merupakan ahli yang aktif dalam setiap program yang diadakan di Pusat Internet....baca selanjutnya

KEMPEN E-WASTE : HANDPHONE LAMA KEHIDUPAN BARU

Aktiviti Terkini | 14 April 2019

Kempen ini merupakan salah satu aktiviti kempen kesedaran untuk memperkenalkan program E-Waste yang diadakan secara langsung bersama komuniti setempat untuk memberi pendedahan kepada komuniti akan kesan buruk dari sisa elektronik yang tidak dilupuskan secara betul....baca selanjutnya

PERTANDINGAN DAM

Aktiviti Terkini | 13 April 2019

Pertandingan ini merupakan salah satu program anjuran Pusat Internet Felda Gedangsa dengan kerjasama pihak PIBG Sekolah Rendah Gedangsa. Program ini khusus untuk memeriahkan lagi program supa supa yang dijalankan disekitar tapak pasar Felda Gedangsa....baca selanjutnya

KEMPEN E-WASTE : HANDPHONE LAMA KEHIDUPAN BARU

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2019

Kempen ini merupakan salah satu aktiviti kempen kesedaran untuk memperkenalkan program E-Waste yang diadakan secara langsung bersama komuniti setempat untuk memberi pendedahan kepada komuniti akan kesan buruk dari sisa elektronik yang tidak dilupuskan secara betul....baca selanjutnya

Program Advokasi di SMK Gedangsa

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2019

Aktiviti ini dijalankan khusus untuk memberi info kepada komuniti setempat berkenaan aktiviti "scammer" yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Pelbagai informasi serta contoh-contoh kes telah dikongsikan...baca selanjutnya

Creative Puzzle

Aktiviti Terkini | 16 Jan 2019

Pada 16 Januari yang lalu Pusat Internet Felda Gedangsa telah mengadaan aktiviti menyusun Puzzle Kreatif . Aktiviti ini melibatkan 12 orang peserta yang merupakan penduduk tempatan. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat dan pengenalan berkenaan aktiviti serta pemilihan ahli kumpulan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti