PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH : AKTIVITI MEWARNA POHON SOLAT BERSAMA JEMARI IBU

4 DISEMBER | 2015

Sempena musim cuti sekolah, pihak Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gedangsa bersama Jemari Ibu telah menjalankan aktiviti pohon solat khusus untuk ahli PI1M yang beragama Islam. program ini dijalankan pada hari Jumaat jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Latihan PI1M Felda Gedangsa. Aktiviti ini memberi pendedahan umum berkenaan kepentingan solat sesorang di mana mereka harus mewarnakan daun untuk pohon solat masing-masing. Pohon ini mempunyai 5 cabang asas di mana ia mewakili 5 solat iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Daun hijau mewakili solat di awal waktu manakala daun berwarna koko mewakili solat di penghujung waktu. Ia bertujuan untuk melatih peserta untuk menjaga solat mereka dengan baik agar pohon solat mereka sentiasa hijau dan tumbuh dengan baik.



kembali ke halaman utama

klik untuk lebih gambar di galeri facebook