Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM KESEDARAN MIV SEMPENA PROGRAM WAYANG PACAK FELDA GEDANGSA

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2023

Pada 11 Ogos yang lalu, pihak PEDi Gedangsa dengan Kerjasama KAF Gedangsa telah mengadakan Program Wayang Pacak Felda Gedangsa...baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN MIV SEMPENA PROGRAM CERGAS CERIA “JOM SIHAT” , (AMANAH IKHTIAR MALAYSIA) AIM BLOK HULU BERNAM

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2023

Pada 25 Ogos yang lalu, pihak PEDi Gedangsa telah mengadakan program KDB Bersama Malaysia ICT Volunteer (MIV) Felda Gedangsa...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KARNIVAL FELDA MADANI 2023

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2023

Program pertandingan mewarna bagi kanak kanak yang dianjurkan sempena Karnival Felda Madani 2023...baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN : KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA PROGRAM WAYANG PACAK

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2023

Program kesedaran KITAR yang dijalankan khas sempena dengan Program Wayang Pacak Felda Gedangsa,...baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN : KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA USAHAWAN AIM

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2023

Program kesedaran Kliik Dengan Bijak (KDB) yang dijalankan Bersama usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Felda Gedangsa...baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR LAMBUK ANJURAN PENGURUSAN FELDA, GPW, JKKR, BELIA, KAF DAN PEDI

Aktiviti Terkini | 13 April 2023

Program Bubur Lambuk 2023 sempena bulan Ramadhan 2023 telah diadakan di perkarangan PEDi Felda Gedangsa dengan Kerjasama Pengurusan Felda Gedangsa, JKKR, GPW, KAF, dan MBFM Gedangsa...baca selanjutnya

FORUM KESIHATAN 3 DR PAKAR

Aktiviti Terkini | 1 April 2023

Program kesihatan yang dianjurkan oleh pihak Pondok Pewaris Felda Gedangsa dengan Kerjasama pihak PEDi Felda Gedangsa telah diadakan pada 1 April yang lalu. Program ini berlangsung selama 2 jam dengan intipati program berkenaan dengan kempen kesedaran penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit 3 serangkai , jantung serta obesiti...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA INTERNET

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023

Program bermula jam 8.00 pagi. Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Rizal Bin Abd Malek selaku Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Selangor....baca selanjutnya

PROGRAM PERJUMPAAN AMANAH IKHTIAH PUSAT IBNU SINA

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2023

Program ini merupakan program mingguan buat Amanah Ikhtiar Pusat Ibnu Sina...baca selanjutnya

PROGRAM JUALAN AMAL NASI LEMAK 50 SEN

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2023

Program jualan nasi lemak 50 sen yang dianjurkan oleh Biro Keahlian KAF Felda Gedangsa dengan Kerjasama pihak PEDi Felda Gedangsa telah dijalankan pada 22 Januari yang lalu. Program ini diadakan khusus untuk menjual sambil mengumpul derma untuk individu yang memerlukan bantuan di sekitar Felda Gedangsa...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti