BOOTH PI1M : HARI KEUSAHAWANAN SRA GEDANGSA 2015

5 NOVEMBER | 2015

Sempena musim keusahawanan, pihak Sekolah Agama Rakyat FELDA Gedangsa, telah menjalankan Program Khas Hari Keusahawanan SRA Gedangsa. Program ini melibatkan aktiviti jualan antara pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan. Pihak PI1M telah diberi peluang untuk turut menjayakan program ini, di mana pihak PI1M telah membuka booth khas Hari Keusahawanan SRA. Pelbagai aktiviti dijalankan di booth PI1M antaranya, teka silang kata, mencari perkataan tersmbunyi dan acara menaip terpantas secara online. Selain itu, pihak PI1M juga telah membuka kaunter pendaftaran pada hari tersebut dan menjalankan acara cabutan bertuah untuk ahli baru PI1M. Program berjalan sekitar jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.



kembali ke halaman utama

klik untuk lebih gambar di galeri facebook