HARI KEUSAHAWANAN SMK GEDANGSA

10 OKTOBER | 2015

Pihak PI1M telah menerima undangan dari pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa menyertai Program Hari Kantin SMK Gedangsa. Selain memeriahkan program, tujuan pihak PI1M menyertai program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi maklumat kepada warga sekolah dan para ibu bapa yang hadir tentang Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) FELDA Gedangsa. Pihak PI1M telah membuka booth dan mengadakan beberapa pertandingan, antaranya cari perkataan, menaip pantas dan juga cabutan bertuah. Pertandingan yang diadakan bukan sahaja disertai pelajar, malah ibu bapa dan juga para guru. Dengan adanya program seperti ini pihak PI1M berpeluang memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia dan juga beramah mesra dengan warga sekolah dan ibu bapa yang menyertai program ini.



kembali ke halaman utama

klik untuk lebih gambar di galeri facebook