BENGKEL APPS DAN ROBOTIC ANJURAN MCMC DAN PI1M PRESINT 18

28 Mei | 2016

Pada 28 Mei yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gedangsa telah menjayakan program Apps dan Robotic anjuran MCMC dan PI1M Presint 18 yang diadakan di Dewan Presint 9, Putrajaya. Program ini melibatkan hampir 45 orang peserta yang terdiri dari wakil-wakil dari PI1M yang berbeza. PI1M FELDA Gedangsa juga telah menghantar 3 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 16 tahun.

Program ini dianjurkan khusus untuk menjayakan sasaran Komuniti Pintar yang diilhamkan oleh pihak MCMC. Program ini memberi fokus kepada para peserta dalam teknik penghasilan robotic dengan menggunakan blok blok LEGO.

Melalui program ini, peserta diberi penerangan untuk menggunakan set LEGO yang telah diberikan untuk membentuk robot yang kukuh. Mereka diberi penerangan mengenai komponen-komponen yang diperlukan untuk membentuk robot. Segala output dan input dipelajari bagi membolehkan mereka menggerakkan robot mereka.

Setelah robot siap dipasang, mereka perlu programkan robot mereka supaya boleh bergerak tanpa kawalan jauh. Semua censor yang dipasang harus berfungsi dengan baik untuk melepasi ujian yang akan dijalankan pada hujung program.

Setiap kumpulan dikehendaki menguji kekuatan robot mereka dalam pertandingan Tarik Tali. Pada pusingan awal, pertandingan Antara kumpulan adalah secara kalah mati. Kemudian setiap kumpulan yang memang akan berlawan di pusingan saringan serta separuh akhir. 3 kumpulan utama dipilih untuk 3 tempat utama. Wakil dari FELDA Gedangsa telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan robotic ini.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama semua peserta dan urusetia dan wakil MCMC.

Berikut adalah foto-foto sepanjang program berlangsung:



Kembali ke halaman utama