PROGRAM SENI KREATIF JAHITAN JELUJUR

7 Mei | 2016

Pada 7 Mei yang lalu Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gedangsa telah mengadakan bengkel jahitan kreatif bersama JJ Craft. Program ini dianjurkan khas untuk menguji tahap kreatif ahli PI1M dalam menggunakan teknik jahitan Jelujur.

Program bermula sekitar jam 3.00 petang dengan sesi taklimat ringkas mengenai Klik dengan Bijak serta tayangan video pendek berkenaan KDB. Sedikit perbincangan dan pop kuiz diadakan sebelum bermulanya aktiviti jahitan.

Kemudian, sekitar jam 3.15 petang, sesi taklimat berkenaan jenis-jenis jahitan yang sering digunakan dalam tugasan seharian kita. Para peserta dibeli rujukan melalui internet iaitu melalui carian di goole serta video dari youtube. Peserta diberi masa 15 minit untuk membuat latihan jahitan jelujur untuk menguji kekemasan jahitan. Peserta telah dibekalkan dengan kain dan peralatan jahitan. Mereka dikehendaki membuat jahitan jelujur pada kain yang disediakan.

Kemudian, para peserta akan membentuk seni kraf masing-masing untuk membuat penanda buku yang menarik dan kemas. Mereka diberi masa sekitar 50 minit untuk menghasilkan kraftangan mereka.

Pada hujung program, hasil kraf dinilai oleh petugas PI1M dan program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah foto-foto sepanjang program berlangsung:



Kembali ke halaman utama