PENANDA BUKU KREATIF BERSAMA JJ CRAFT

2 April | 2016

Pada 2 April yang lalu, pihak PI1M telah mengadakan program bersama wakil JJ Craft Collections, dalam aktiviti membuat penanda buku kreatif. Aktiviti ini telah melibatkan seramai 12 peserta lelaki dan perempuan berumur 10 tahun hingga 15 tahun. Program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Sepanjang program ini, peserta diterangkan berkenaaan dengan cara-cara membuat penanda buku dengan merujuk pada video di laman youtube. Peserta diterangkan tentang teknik pembuatan dan lipatan yang betul. Kemudian, mereka dikehendaki memilih jenis dan corak yang kreatif untuk membuat penanda buku mereka.

Di akhir program, peserta diminta untuk mengulas tentang kepahaman mereka dalam pembelajaran tersebut. Mereka juga dikehendaki mempamerkan hasil kerja mereka dihadapan kelas. Program berakhir jam 12 tengahari dengan ucapan dari Pengurus PI1M dan sesi penyampaian hadiah.



kembali ke halaman utama