PROGRAM SEMPENA TAHUN BARU CINA : MY TANGLUNG

Sepanjang Tahun | 2016

Program My tanglung diadakan khas sempenan sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Program ini melibatkan pelajar sekolah dari tahun 4 hingga pelajar sekolah Tingkatan 3. Merupakan satu aktiviti untuk menguji tahap kreatif para peserta dalam mencipta tanglung sendiri dengan menggunakan kertas. Para peserta diberi taklimat awal sebelum memulakan program. kemudian mereka dibekalkan dengan kertas dan stapler. Sebelum mula membuat tanglung, petugas PI1M menunjukkan tutorial untuk membuat tanglung. Kemudian para peserta diberi masa 1 jam untuk menyiapkan tanglung masing-masing.



kembali ke halaman utama