PROGRAM HIJABSTYLISTA GEDANGSA

Februari | 2016

Pada 28 Februari yang lalu, PI1M Felda Gedangsa telah menjalankan program khas khusus untuk belia dan wanita di Gedangsa. Program adalah aktiviti kerjasama bersama Baiduri Aida, iaitu Puan Intan. Beliau telah dijemput untuk memberi taklimat ringkas mengenai teknik pemakaian seledang. Beliau turut menerangkan 3 teknik penggayaan selendang terkini. Program ini telah dihadiri hampir 30 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah , belia dan wanita. Selain daripada penerangan dari Puan Inta, kami juga mengadakan pertandingan penggayaan deledang tercantik dan terkemas. Pemenang akan menerima hadiah khas dari pihak PI1M dan juga hadiah selendang dari Baiduri Aida. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan sesi fotografi.



kembali ke halaman utama