Taklimat Kesihatan : Kanser Serviks

15 Julai 2016 | Jumaat

Pada 15 Julai yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa telah menganjurkan program Bengkel Kesihatan Kanser Seviks dengan kerjasama Redlife. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Taqieuddin iaitu wakil Redlife Penang.

Pada awal program, En Taqie memberi penerangan berkenaan dengan kesihatan wanita khusus kepada penerangan sakit puan. Kemudian taklimat diteruskan dengan penerangan lebih mendalam berkenaan kanser serviks.Kemudian, Puan Zaharah telah menunjukkan demo berkenaan pad yang sesuai untuk penggunaan wanita.

Sepanjang program ini, peserta telah memberi kerjasama yang amat baik. Sesi soal jawab bersama jemputan juga berjalan lancer dan peserta dapat memperoleh ilmu yang bermanfaat berkenaan sakit puan.

Pada akhir program, jamuan ringan dihidangkan serta sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada jemputan.

Berikut adalah foto-foto sepanjang program berlangsung:



Kembali ke halaman utama