Program Anak Angkat Unisel Cakna

17 Julai 2016 | Ahad

Pada 17 Julai yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama MBFM Felda Gedangsa, telah mengadakan program keuarga angkat bagi pelajar Unisel. Program bermula pada 15 Julai dengan kedatangan anak angkat Unisel ke Felda Gedangsa. Kemudian, mereka telah diasingkan kepada keluarga angkat masing- masing.

Pada hari kedua, mereka telah menjalankan program gotng royong sekitar kampong, Pusat Internet juga menjadi kawasan yang termasuk dalam kawasan pembersihan. Petugas PI1M juga bekerjasam dengan anak angkat untuk membersihkan kawasan bangunan PI1M. Mereka juga dibawa melawat sekitar kampong dengan lawatan ke tempat membuat baulu, tempat usahawan madu kelulut, usahawan tart dan lain-lain lagi.

Pada hari ketiga, pihak belia Felda Gedangsa dengan kerjasama PI1M telah mengadakan aktviti explorace untuk anak-anak angkat Unisel. Pusat Internet turut dijadikan checkpoint terakhir di dalam aktiviti ini.

Berikut adalah foto-foto sepanjang program berlangsung:



Kembali ke halaman utama