PROGRAM JOM GROOMING BERSAMA ROZITA OGY

Mac | 2016

Pada tarikh 26hb Mac 2016, Grooming Class telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedansga. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh golongan belia Felda Gedangsa ini sendiri. Tenaga pengajar untuk Grooming Class ini adalah Rozita Ogy yang juga merupakan golongan belia Felda Gedangsa. Grooming Class ini bukan sahaja diajar secara teori, malah para pelajar yang mengikuti kelas ini diajar secara amali juga. Semoga ilmu yang dapat pada hari ini mampu dipraktikkan di luar kelas. Semoga lebih banyak program seperti ini bakal diadakan di masa akan datang.







kembali ke halaman utama