Hari Terbuka PI1M Felda Gedangsa

6 Ogos 2016 | Sabtu

Pada tanggal 6hb Ogos 2016, Pusat Internet 1Malaysia telah mengadakan OPEN DAY yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Tujuan Open Day ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada penduduk setempat. Banyak aktitiviti yang diadakan pada hari tersebut, antaranya: Pendaftaran keahlian adalah percuma.



Pada hari ini pendaftaran keahlian baru adalah percuma untuk 100 orang pertama.


Indoor Game
‘Indoor Game’ diadakan hasil kerjasama MBFM. Antara permainan yang ada adalah Carom, Batu Seremban, Sudoku dan Dam. Permainan ini dijalankan secara terbuka dan ia telah disertai dari pelbagai peringkat umur.



Wefie Explorace Challenge
Program ini disertai oleh pelajar sekolah menengah dan belia setempat. Terdapat pelbagai pengisian dalam program ini antaranya tayangan dan kefahaman Klik Dengan Bijak. Peserta bukan sahaja bermain malah menambah pengetahuan am dan menguji penggunaan komputer, semua ini diselitkan dalam cabaran explorace.



Demo Sushi
Demo sushi ini telah diketuai oleh Cikgu Azlin. Demo sushi ini disertai oleh golongan Wanita. Para peserta juga di beri peluang membuat sushi sendiri. Adanya aktiviti ini diharap boleh menambah serba sedikit ilmu bagi para peserta.



Wanita Era Digital Anjuran DiGi
Program ini diadakan khas buat golongan wanita. Dalam program ini para wanita diperkenalkan akan dunia digital. Para wanita bukan sahaja diajar akan asas teknologi masa kini seperti kegunaan laman social (Facebook, Instagram, dll) dan informasi dalam talian, malah para peserta juga di beri pengetahuan tentang keselamatan dalam talian. Keselamatan ini bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk menjaga keselamatan anak-anak.



Klik Dengan Bijak
Taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak ini telah diketuai oleh wakil daripada MCMC Wilayah Tengah.



Canting Batik
Program ini diadakan bersama pengusaha batik tempatan, Encik Hamdan. Para peserta di beri peluang mewarna batik mereka sendiri.



Kempen Kesedaran Kanser Serviks
Program kesedaran ini diadakan oleh wakil daripada RedLife Encik Taqiudin dan Puan Zaharah. Encik Taqiudin menerangkan akan kesan tuala wanita yang kualiti rendah dan kanser serviks. Manakala Puan Zaharah membuat demo antara tuala wanita yang berkualiti tinggi dan berkualiti rendah. Di harap dengan penerangan yang dilakukan oleh wakil dari RedLife ini mampu meningkatkan lagi kesedaran para peserta tentang kanser serviks.



Program Bercerita Bersama Kak Linda
Program ini merupakan kerjasama antara Perpustakaan Desa Selisik dan Pusat Internet 1 Malaysia. Petugas Perpustakaan Desa Selisik, Puan Haslinda telah datang untuk membantu dan menjayakan program bersama ini. Puan Haslinda telah mengadakan sesi ‘Story Telling’ bersama kanak-kanak yang datang.



Puzzle Klik Dengan Bijak (Kanak-Kanak)
Pada sebelah petang kita telah mengadakan puzzle Klik Dengan Bijak (KDB) yang disertai oleh pelajar sekolah rendah.

Mewarna
Program mewarna ini disertai oleh kanak-kanak Tabika berdekatan.



Cabutan Bertuah
Pihak Pusat Internet telah mengadakan dua kali cabutan bertuah untuk sepanjang hari tersebut. Cabutan pertama diadakan pada waktu tengah hari bersama Team Digi, manakala pada waktu petang cabutan dibuat bersama program MBFM.



Program Open Day Pusat Internet 1Malaysia telah berjalan dengan lancar. Melalui program ini juga, pihak Pusat Internet 1Malaysia telah memperoleh 120 orang ahli baru. Melalui program ini juga telah memberi peluang kepada petugas Pusat Internet 1Malaysia untuk bekerjasam dengan pihak MBFM Felda Gedanga. Ucapan terima kasih buat MBFM Felda Gedangsa yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program pada 6hb Ogos 2016 (Sabtu). Tidak dilupakan kepada pelajar UniSel yang sudi membantu pihak kami. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini.



Kembali ke halaman utama