PROGRAM JELAJAH KASIH MOTORCROSS WILAYAH TROLAK 2017

Aktiviti terkini | 23 Disember 2017

Tempat Aktiviti:
Sekitar Felda Gedangsa

Tujuan :
Persatuan Belia Felda Gedangsa telah menganjurkan aktiviti ‘reunion’ semua para peminat Motor Cros sempena dengan Program Jelajah Kasih MotorCross Wilayah Trolak. Program ini melibatkan peserta-peserta dari pelbagai negeri dan peringkat usia. Program dimulakan dengan pendaftaran para peserta di khemah pendaftaran. Pihak PI1M juga mengambil peluang ini untuk mengedarkan risalah yang berkenaan dengan website Sebenarnya.my serta E-Waste. Kemudian, aktiviti pengenalan dan ucapan ringkas dari Pengurus Felda, En Rahmat. Seterusnya beliau melepaskan peserta ke track laluan di sekitar Felda Gedangsa. Para peserta mellaui track –track yang berliku sekitar selang masa 2 hingga 3 jam. Pada akhir program, peserta akan berkumpul semula ke dataran dan program penutup berlangsung. Majlis diakhiri dengan penyampaian para pemenang.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara penduduk kampong serta peminat cabaran MotorCros.
• Jalinan ukhwah kasih bagi peserta yang lama dan baru.
• Pihak PI1M mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit hebahan maklumat PI1M dan aktiviti kesedaran Klik dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :