PROGRAM LET’S BE PRETTY (BASIC MAKE UP)

18 Februari 2017

Pada 18 Februari 2017 yang lalu,pihak PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan Program Let’s Be Pretty khusus untuk ahli PI1M terutamanya untuk kaum wanita. Program ini dijalankan dengan usahasama dengan usahawan PI1M iaitu Pn Aida. Beliau merupakan usahawan yang mengusahakan jualan pelbagai jenis shawl dan produk kecantikan secara atas talian.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada kaum wanita tentang kesedaran untuk menjaga kesihatan muka sepanjang penggunaan produk kecantikan. Selain itu peserta juga diberi pembelajaran khusus tentang teknik-teknik untuk bersolek secara asas.

Program ini telah disertai kira-kira 15 orang peserta dari pelbagai peringkat umur. Mereka didedahkan dengan tips-tips solekan yang sesuai untuk pelbagai majlis, Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai peralatan disediakan untuk para peserta. Jualan mini booth juga diadakan untuk memberi peluang kepada pengguna PI1M yang lain untuk membuat belian secara langsung di sini.

Gambar Sepanjang Program Berlangsung



Kembali ke halaman utama