HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti terkini | 22 Julai 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa

Tujuan :
Pada 22 Julai yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Gedangsa serta DiGi telah menganjurkan program Hari Terbuka khas untuk komuniti Felda Gedangsa. Program dijalankan khusus untuk . Secara tidak langsung dapat memperkenalkan pusat internet kepada seluruh penduduk kampong. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk mengenali produk produk yang telah disediakan oleh pihak Digi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Pada awal pagi, aktiviti ict dijalankan di dalam PI1M yang melibatkan peserta pelajar sekolah di sekitar Felda ini. Pada jam 11 pagi acara di luar PI1M dijalanakn dengan aktiviti dam haji dan anyaman ketupat. Seterusnya acara belon air dan basikal lambat untuk pelbagai peringkat umur.

Pada sebelah petangnya, majlis bermula dengan acara pakaian beragam yang disertai oleh kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Antara acara paling meriah kerana penyertaan yang amat menggalakkan serta kehadiran ibu bapa yang memeriahkan lagi program sepanjang hari tersebut. Kemudian program diteruskan dengan acara mewarna yang dijalankan di dalam PI1M, sementara itu, acara sukaneka dijalankan di luar PI1M.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturahim Antara PI1M dan komuniti
• Menambah keahlian PI1M
• Memperkenalkan Produk Digi kepada komuniti

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :