OH MY HIJAIYAH

Aktiviti terkini | 15 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Pada awal aktiviti, peserta diperkenalkan dengan huruf-huruf Hijaiyah ini. Setiap peserta dikehendaki menulis dan menyebut huruf-huruf ini dengan tepat. Kemudian mereka diasingkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat penilaian antara kumpulan dengan sesi soal jawab antara peserta.
Kemudian setiap peserta diuji dengan permainan huruf Hijaiyah secara atas talian, di mana mereka dikehendaki meneka huruf yang betui melalui bunyi huruf yang telah diberikan. Tempoh permainan selama 25 minit. Peserta dikehendaki untuk mengenal pasti sebutan-sebutan huruf yang diberi dengan tepat dan memilih huruf yang berkenaan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk para pemenang.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan ahli pusat internet.
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat.
• Mempromosi aktiviti PI kepada komuniti setempat.
• Memperkenalkan laman web e-learning baru untuk para peserta.
• Menguji tahap penggunaan komputer di kalangan peserta.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan huruf Hijaiyah dengan teknik sebutan yang betul.
• Peseta dapat mempelajari pengenalan asas mengenal huruf Hijaiyah.
• Peserta dapat membaiki teknik sebutan huruf Hijaiyah.
• Memperkenalkan laman web e-learning Islam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :