PROGRAM KESEDARAN : GOOD & HEALTY FOOD STORACE

Aktiviti terkini | 04 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa

Tujuan :
Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa telah mengadakan program kesedaran Penyimpanan Makanan Secara Sihat. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama bersama pihak Tupperware Brands. Program bermula pada jam 3.00 petang dengan pendaftaran para peserta. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan wakil Tupperware Brands iaitu Puan Azwa. Pengenalan program berkenaan bahan yang digunakan dalam pembuatan bekas plastik serta menu makanan yang boleh disimpan dalam peti sejuk. Para peserta juga diperkenalkan dengan teknik penyimpanan menu dengan betui untuk mengelakkan pencemaran makanan di dalam peti sejuk. Slot kuiz dan menjawab soalan juga dijalankan selepas selesai penerangan. Pada akhir program, cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah bagi para pemenang.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara ahli PI1M.
• Memberi kesedaran kepada komuniti berkenan dengan teknik penyimpanan makanan secara betul.
• Memberi input berkenaan bekas simpanan yang baik untuk menyimpan makanan.
• Melatih peserta dalam teknik soft skill masing-masing melalui perbincangan hasil setiap peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :