MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti terkini | 02 Julai 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2018. Pada tahun lepas, pihak pusat internet hanya menyambut di Pusat Internet sahaja, tetapi pada tahun ini, pihak kami telah bekerjasama dengan pihak FELDA dan NGO yang lain untuk meraikan sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfiri Felda Gedangsa. Majlis bermula sekitar jam 11 pagi dengan kehadiran penduduk sekitar serta barisan tetamu VIP. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan dari wakil pelbagai pihak sempena dengan sambutan hari raya. Majlis diraikan dengan kehadiran YB Dato’ Rosni Sohar. Majlis berlangsung dengan lancar dengan kehadiran tetamu di luar jangkaan. Dengan hidangan yang disediakan memuaskan hati semua tetamu yang hadir. Bagi pihak Pusat Internet, kami mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan wakil wakil NGO serta para penduduk untuk menyebarkan aktiviti-aktiviti terkini yang akan dijalankan di Pusat Internet. Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan penduduk Felda Gedangsa.
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat.
• Mempromosi aktiviti lain kepada peserta dan ahli lain.
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti setempat dan mengeratkan hubungan antara barisan NGO penting di kawasan Felda Gedangsa.
• Merapatkan hubungan antara staf Pusat Internet bersama staf FELDA.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Gedangsa.
• Mengeratkan hubungan antara barisan NGO penting di kawasan Felda Gedangsa.
• Merapatkan hubungan antara staf Pusat Internet bersama staf FELDA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :