BE CREATIVE & IMAGINATIVE WITH LEGO

Aktiviti terkini | 23 Jun 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan khas buat ahli pusat internet, menguji kefahaman para peserta dalam merekabentuk sebuah rumah dengan kreativiti sendiri. Peserta diperkenalkan dengan laman web legoonline yang disediakan oleh google.com untuk kemudahan penggunaanya. Pada awal program, peserta diberi latihan ringkas, sebelum diberi cabaran untuk membina sebuah rumah secara kreatif dengan menggunakan blok-blok lego atas talian. Teknik pengawalan tetikus dan pemilihan blok yang sesuai menentukan hasil rekabentuk set lego mereka.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan peserta (ahli PI)
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat
• Mempromosi aktiviti lain kepada peserta dan ahli lain
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti setempat

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan antara ahli Pusat Internet
• Dapat mempelajari kaedah untuk membina blok blok Lego secara atas talian
• Dapat menguji tahap kreatif peserta dalam membina bentuk bentuk menarik dengan blok lego
• Menguji tahap pengendalian komputer di kalangan peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :