PROGRAM HARI SUKAN KOMUNITI FELDA GEDANGSA

Aktiviti terkini | 05 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Dewan Serbaguna Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Program santai ini dijalankan khas untuk penduduk kampung Felda Gedangsa. Program dianjurkan oleh pihak Pejabat Felda yang melibatkan pelbagai peringkat usia seluruh Felda Gedangsa.
Pada awal pagi, aktviti dimulakan dengan aktiviti bersama kanak-kanak tabika kemas dan pelajar sekolah. Beberapa acara sukaneka dijalankan untuk meraikan kehadiran mereka ke program ini.
Sekitar jam 10 pagi, pelbagai acara untuk belia dan dewasa dijalankan seperti bowling kelapa , kaki batu, susun kertas, bawa bola dengan sepit dan lain-lain lagi. Selain itu, peneroka juga terbuka untuk menyertai acara bowling kelapa dan acara susun kertas. Penglibatan dari ahli peneroka dan juga ahli GPW juga memeriahkan lagi majlis. Program tamat sekitar jam 1.00 petang dengan penyampaikan hadiah oleh ketua peneroka dan pengurus Felda, En. Rahmat.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Felda, PI1M dan penduduk kampung.
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat
• Mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti setempat

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan staf pejabat Felda, petugas PI1M dan penduduk setempat.
• Dapat memperkenalkan PI1M kepada masyarat khususnya dalam makluman servis perkhidmatan yang terdapat di PI1M.
• Dapat memberi pendedahan kepada penduduk tentang kelas dan program yang dijalankan di PI1M.
• Dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa tentang penyalahgunaan internet di kalangan anak-anak mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :