HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 03 November 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Program dijalankan pada hari Sabtu 3 November 2018. Program ini bermula seawall jam 8.30 pagi dengan sesi pendafaran peserta. Program bermula dengan aktiviti Puzzle yang diadakan secara terbuka untuk semua peringkat usia. Kemudian, pada jam 10.00 pagi, wakil dari MIV Gedangsa memberi taklimat berkenaan dengan E-Waste dan Klik Dengan Bijak. Selain itu, aktiviti ‘Roda Tuah’ juga dijalankan selepas sesi taklimat itu. Wakil MIV memberi beberapa soalan ringkas berkenaa dengan isu Kesedaran dalam penggunaan Inernet untuk menguji sejauh mana penduduk kampong peka dan cakna dengan isu ini.
Pada sebelah petang, aktiviti mewarna dijalankan di dalam Pusat Internet di mana, aktiviti ini terbuka untuk kanak-kanak tabika serta golongan dewasa. Kemudian, disambung dengan aktiviti sukaneka di luar Pusat Internet. Program berakhir pada jam 4.00 petang dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan ahli pusat internet
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat
• Mempromosi aktiviti PI kepada komuniti setempat
• Memperkenalkan PI kepada komuniti setempat
• Membuat jualan Pakej Vivo Y53
• Memperkenalkan program Kesedaran MIV kepada komuniti

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan petugas dan ahli pusat internet
• Dapat memperkenalkan PI kepada masyarat khususnya dalam makluman servis perkhidmatan yang terdapat di PI
• Dapat memberi pendedahan kepada penduduk tentang kelas dan program yang dijalankan di PI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :