PROGRAM MIV : BENGKEL FOTO

Aktiviti terkini | 25 November 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Program dijalankan pada hari Sabtu 25 November 2018. Program ini dijayakan bersama dengan sukarelawan MIV Gedangsa. Program bermula pada awal pagi dengan slot pendaftaran peserta selama 30 minit. Kemudian wakil MIV memberi taklimat berkenaan E-Waste serta Klik dengan Bijak. Fokus utama adalah dalam menyemai sifat baik membuang bahan-bahan elektronik di tempat yang betul. Selain itu, wakil MIV juga memberi info berkenaan dengan kesedaran penggunaan telefon di kalangan ank-anak.
Pada jam 10.30 pg, bermula aktiviti membina Photo Box sendiri oleh para peserta. Mereka diberi penerangan berkenaan dengan teknik membina kotak foto dengan betul. Aktiviti seterusnya, peserta diberi latihan untuk mengambil gambar dengan menggunakan kotak foto masing-masing. Pelbagai teknik diterangkan oleh pengajar terutama berkenaan dengan sudut yang baik disamping penggunaan cahaya yang baik untuk mendapatkan gambar yang bagus. Penutup program, sesi penyampaian cenderahati kepada wakil MIV Cyberjaya.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan ahli pusat internet
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat
• Mempromosi aktiviti PI kepada komuniti setempat
• Memperkenalkan PI kepada komuniti setempat
• Membuat jualan Pakej Vivo Y53
• Memperkenalkan program Kesedaran MIV kepada komuniti

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan petugas dan ahli pusat internet serta sukarelawan MIV Gedangsa
• Dapat memperkenalkan PI kepada masyarat khususnya dalam makluman servis perkhidmatan yang terdapat di PI1M
• Dapat mendedahkan info berkenaan E-Waste serta kesedaran akan penggunaan telefon di kalangan anak-anak
• Dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik membuat Foto Box serta teknik untuk mengambil gambar dengan menggunakan Photo Box
• Peserta dapat membina Photo Box sendiri semasa program

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :