KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti terkini | 17 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan khusus untuk para peniaga gerai dan kedai makan sekitar Felda Gedangsa dan kawasan berdekatan. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta. Pada jam 9.00 pagi bermula sesi taklimat pengenalan berkenaan objektif program. Program ini dikendalikan oleh En Y. Sukumaran wakil dari jabatan kesihatan bahagian Batang Kali. Program ini melibatkan penerangan teknik-teknik penyediaan makanan yang betui khusus untuk jualan di kedai. Peserta diterangkan tentang cara-cara penyimpanan bahan asas untuk menyediakan menu terutama bahan basah seperti ikan dan sayuran. Selain itu, penerangan berkenaan teknik penyimpanan bahan kering yang teratur turut dimaklumkan dalam program ini. Selain itu, peserta didedahkan dengan pemakaian dan susun atur yang sesuai untuk sesebuah tempat penyediaan makanan. Faktor kebersihan amat dititikberatkan dalam proses menyediakan hidangan untuk tetamu atau pelanggan.Pelbagai contoh dan situasi kurang sihat juga dibincangkan dalam sesi taklimat ini untuk memberi pengajaran kepada para peserta supaya tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan dikenakan denda oleh Jabatan Kesihatan. Sekitar jam 12.30 tengahari dengan sesi suntikan typod kepada peserta yang inginkan pakej suntikan . Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama koordinator serta petugas PI.

Tujuan :
• Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapat pendedahan berkenaan teknik pengendalian makanan dengan tepat
• Memperkenalkan kepada penduduk setempat terutama pengusaha gerai dan kedai makanan berkenaan kepentingan untuk mendapatkan sijil Pengendalian Makanan dan suntikan Typod
• Memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan sijil dan suntikan typod
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti setempat

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat memberi info berkenaan kepentingan Suntikan Typod
• Dapat memberi info berkenaan teknik penyediakan makanan dengan tepat
• Dapat memberi pendedahan tentang denda atau syarat peniaga kedai
• Dapat memudahkan penduduk setempat terutama pengusaha kedai untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan dan suntikan Typod
• Dapat mengerat hubungan petugas PI dan penduduk setempat
• Dapat memperkenalkan PI kepada masyarat khususnya dalam makluman servis perkhidmatan yang terdapat di PI1M
• Dapat memberi pendedahan kepada penduduk tentang kelas dan program yang dijalankan di PI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :