JIGZAW PUZZLE MERDEKA

Aktiviti terkini | 02 September 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia ini dijalankan di Pusat Internet Felda Gedangsa. Program ini melibatkan pelajar berumur bawah 12 tahun yang merupakan ahli Pusat Internet. Pada awal program, peserta ditayangkan dengan video berkenaan sejarah kemerdekaan Malaysia. Kemudian mereka dikehendaki untuk mencai gambar-gambar bersejarah di dalam internet. Seterusnya, peserta akan bermain susunan gambar secara online yang telah ditetapkan oleh petugas. Gambar untuk pertandingan ini adalah berdasarkan gambar gambar yang telah mereka cari di dalam internet. Program berakhir dengan slot penyampaian hadiah.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan ahli pusat internet
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat
• Mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti setempat

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan petugas dan ahli pusat internet.
• Dapat memperkenalkan PI kepada masyarat khususnya dalam makluman servis perkhidmatan yang terdapat di PI.
• Dapat memberi pendedahan kepada penduduk tentang kelas dan program yang dijalankan di PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :