PERTANDINGAN WORD SEARCH (AUDIO VERSION)

Aktiviti terkini | 23 September 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa, Selangor

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan Word Search Audio dijalankan khusus untuk menguji peserta untuk mengenal huruf dalam Bahasa Inggeris. Pada awal aktiviti peserta diperkenalkan dengan perkataan-perkataan asas yang bertemakan warna. Kemudian, peserta dikehendaki mengenal ejaan dan bunyi setiap huruf yang diberikan. Kemudian, peserta dikehendaki menulis perkataan yang diberikan secara audio dengan betul dan cepat. Peserta yang paling pantas dan paling kurang kesalahan dipilih sebagai pemenang. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah oleh pengurus pusat internet.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pusat Internet dan ahli pusat internet
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat
• Mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat
• Memperkenalkan PI1M kepada komuniti setempat

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan petugas dan ahli pusat internet.
• Dapat memperkenalkan PI kepada masyarat khususnya dalam makluman servis perkhidmatan yang terdapat di PI.
• Dapat memberi pendedahan kepada penduduk tentang kelas dan program yang dijalankan di PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :