PERTANDINGAN DAM SEMPENA PROGRAM SUPA DUPA FELDA GEDANGSA

Aktiviti terkini | 13 April 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta yang dijalankan di kaunter pusat internet. Kemudian, taklimat ringkas berkenaan program diberikan oleh staf pusat internet. Selain itu, info-info terkini berkenaan pusat internet turut disampikan sbelum memulakan aktiviti. Aktiviti bermula sekitar jam 10.00 pagi dengan beberapa pusingan mengikut kategori yang telah dibuat oleh pihak penganjur.. Aktiviti ini berakhir sekitar jam 12.00 tengahri dengan sesi penyampaian hadiah oleh wakil PIBG.

Tujuan :
• Untuk mengeratkan lagi hubungan staf pusat internet dan pihak sekolah.
• Untuk menyebarkan aktiviti lain yang dirancangkan di Pusat Internet.
• Untuk mengeratkan hubungan antara ahli Pusat Internet.
• Untuk menguji minda dan skil permainan dam antara ahli Pusat Internet.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Peserta dapat mengasah bakat masing-masing dalam permainan Dam.
• Peserta muda diperkenalkan dengan tips dan trik untuk bermain Dam dengan baik.
• Para peserta dapat berkongsi pengalaman dalam permainan ini.
• Pelbagai info terkini berkenaan Pusat Internet dapat disampaikan kepada peserta program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :