KEMPEN E-WASTE : HANDPHONE LAMA KEHIDUPAN BARU

Aktiviti terkini | 14 April 2019

Tempat Aktiviti:
Sekitar Pusat Internet Felda Gedangsa Dan Tapak Pasar Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan edaran flyers sekitar program MTB Eco Challenger Felda Gedangsa dan kaunter turut dibuka bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Peserta program ini digalakkan untuk melupuskan bahan sisa elektronik secara betul di kotak E-Waste. Sukarelawan Pusat Internet membuat edaran serta memberi taklimat ringkas secara rawak di sekitar program tersebut.

Tujuan :
• Untuk memberi pendedahan kepada komuniti akan kesan pembuangan sisa elektronik secara terbuka
• Untuk memperkenalkan program E-Waste kepada komuniti
• Memberi pendedahan kepada masyarakat untuk lebih cakna akan sisa elektronik sekitar rumah mereka

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Komuniti lebih kenal akan kebaikan program E-Waste yang diwujudkan oleh pihak MCMC.
• Komuniti dapat mengenalpasti bahan buangan yang selamat untuk dibuang.
• Komuniti lebih peka terhadap kesan buruk impak dari pembuangan barangan elektronik.
• Komuniti lebih cakna akan pendedahan langsung kesan radiasi dari barangan elektronik yang sudah rosak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :