'FUN WITH TUPPERWARE BRANDS'

Aktiviti terkini | 25 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
Program ini telah dijalankan dengan kerjasama bersama pihak Tupperware Brands. Program bermula pada jam 10.00pagi dengan pendaftaran para peserta. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan wakil Tupperware Brands iaitu Puan Yusmahwati dan Encik Mohd Azli . Pengenalan program berkenaan bahan yang digunakan dalam pembuatan bekas plastik serta menu makanan yang boleh disimpan dalam peti sejuk. Para peserta juga diperkenalkan dengan teknik penyimpanan menu dengan betui untuk mengelakkan pencemaran makanan di dalam peti sejuk. Slot kuiz dan menjawab soalan juga dijalankan selepas selesai penerangan. Selain itu, demo masakan yang cepat dan sihat juga diadakan untuk memberi pendedahan akan cara penyediaan makanan dengan betul. Pada akhir program, cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah bagi para pemenang.

Tujuan :
• Merapatkan hubungan antara ahli PI.
• Memberi kesedaran kepada komuniti berkenan dengan teknik penyimpanan makanan secara betul.
• Memberi input berkenaan bekas simpanan yang baik untuk menyimpan makanan.
• Melatih peserta dalam teknik soft skill masing-masing melalui perbincangan hasil setiap peserta.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Peserta dapat mengetahui info berkenaan Tupperware Brands.
• Peserta lebih peka akan teknik penyimpanan makanan dengan betul terutama penyimpanan di dalam peti sejuk.
• Peserta mendapat info berkenaan peralatan Tupperware Brands yang memudahakan kerja-kerja memasak.
• Peserta dapat mengetahui kaedah penyediaan menu yang sihat dan cepat.
• Mengeratkan hubungan antara ahli Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :