CREATIVE PUZZLE & MINI EXPLORACE

Aktiviti terkini | 14 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Internet Felda Gedangsa telah mengadaan aktiviti Mini Explorace (Bahan Kitar Semula). Program dijalankan bermula jam 10.00 pagi dengan 12 orang peserta. Aktiviti bermula sekitar jam 10.00 pagi dengan sesi tak;imat dan pengenalan berkenaan program serta pemilihan ahli kumpulan. Kemudian sesi ice breaking antara peserta dijalankan. Jam 10.30 pagi, peserta mula diuji dengan teknik menyusun bentuk-bentuk puzzle yang harus disusun dengan pantas oleh para peserta. Kemudian, peserta harus mencari beberapa jenis bahan buangan di sekitar Pusat Internet yang boleh dikitar semula. Peserta juga dikehendaki membina karangan pendek berkenaan dengan bahan kitar semula dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word 2013. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Tujuan :
• Menguji tahap kreatif peserta untuk menyusun bentuk-bentuk yang diberi dengan pantas
• Memberi pendedahan berkenaan ilmu kitar semula
• Menerapkan budaya sihat aktiviti pembuangan secara pengasingan kotak kitar semula
• Membina prinsip kerjasama antara kumpulan
• Mengeratkan hubungan antara ahli PI

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Peserta dapat melatih diri untuk lebih kreatif dan peka akan situasi tertentu
• Bijak menyusun strategi untuk mendapatkan jalan penyelesaikan
• Peserta dapat info berkenaan bahan yang boleh dikitar semula dan mengetahui cara-cara untuk mengitar semula bahan terbuang
• Mengeratkan hubungan antara ahli Pusat Internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :