JAMUAN HARI RAYA SEKAMPUNG

Aktiviti terkini | 30 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Dewan Serbaguna Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan salah satu program tahunan yang melibatkan Persatuan Peniaga Felda Gedangsa dan staf pusat internet bersama pihak MPKK serta agensi lain dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Felda Gedangsa. Program ini dijalankan khusus untuk meraikan sambutan hari raya secara besar-besaran untuk semua penduduk Felda Gedangsa.

Tujuan :
• Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf, ajk MPKK serta penduduk kampung Felda Gedangsa
• Untuk memperkenalkan dan memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan bakal dijalankan oleh pihak pusat internet
• Untuk memperkenalkan usahawan kecil-kecilan kepada penduduk kampung

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Masyarakat didedahkan dengan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dijalankan di Pusat Internet.
• Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas dan penduduk.
• Petugas dapat menyalurkan info kepada penduduk.
• Petugas dapat berbincang dengan agensi-agensi lain untuk menjalankan pelbagai program pada masa akan datang.
• Dapat membantu usahawan kecil dalam meluaskan pasaran jualan produk makanan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :