KARNIVAL KEBERSAMAAN DI AMBANG PILIHANRAYA FELDA GEDANGSA 2022

Aktiviti terkini |18 November 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Serbaguna Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
• Program Karnival Kebersamaan di Ambang Pilihanraya dijalankan dengan Kerjasama Bersama pihak KAF Felda Gedangsa dan pejabat FELDA Gedangsa serta PEDi Felda Gedangsa.
• Program melibatkan komuniti berusia 5 tahun sehingga dewasa.
• Pelbagai aktiviti dijalankan khusus untuk meraikan kepulangan anak Gedangsa sempena pilihanraya.
• Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna pertandingan rebut kerusi pertandingan mengukir buah taklimat khas Teknik mengasah pisau tayangan wayang pacak serta pelbagai lagi.


Tujuan Aktiviti :
• Untuk meraikan kepulangan anak anak gedangsa yang pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi
• Memberi informasi terkini berkenaan dengan perkhidmatan Tablet PEDi
• Memberi informasi berkenaan dengan aktiviti terkini di PEDi
• Mengeratkan silaturahim PEDi bersama agensi lain yang terlibat di dalam program Karnival Kebersamaan di Ambang Pilihanraya


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan untuk meraikan kedatangan para pengundi dari luar yang pulang ke kampung.
• Pelbagai aktiviti disediakan khusus untuk menyampaikan info serta untuk berkongsi ilmu berkenaan penjagaan pisau dan juga Teknik mengukir buah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :

• Komuniti dapat mempelajari kaedah untuk mengasah pisau dengan betul dan Teknik penjagaan yang betul
• Komuniti dapat mempelajari kaedah untuk membuat ukiran buah yang cantik dan menarik.
• Komuniti dapat mengetahui info terkini berkenaan program yang dijalankan di PEDi.

Nama VIP :

• Presiden KAF Hj Fakrul Radzi SDA Felda Gedangsa , Puan Ain

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :