PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA INTERNET

Aktiviti terkini |18 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Komuniti Felda Soeharto

Ringkasan Aktiviti :
• Program bermula jam 8.00 pagi. Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Rizal Bin Abd Malek selaku Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Selangor.
• Disusuli dengan sesi pertama, Advokasi Klik Dengan Bijak. Diikuti dengan sesi kedua, Mulakan Bisnes E-Dagang Anda Bersama Shopee.
• Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah dan penyampaian voucher “Kembali Ke Sekolah” oleh Shopee.
• Sesi ketiga diakhiri dengan Kesedaran Ancaman Scammer : Pembelian Atas Talian.
• Selain sesi ceramah, terdapat booth dibuka. Terdapat beberapa booth usahawan setempat, pemeriksaan kesihatan, PEDi dan Produk Usahawan PEDi Hulu Selangor.
• Program bersurai pada jam 2.00 petang.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna berkaitan kaedah mengenali panggilan scam, tatacara serta modus operandi scam terkini selain berkongsi tips dan panduan bagi menghindari diri daripada menjadi mangsa ancaman scammer.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• PEDi Felda Gedangsa bertanggungjawab meneyediakan booth PEDi Hulu Selangor.
• Menyediakan bahan pameran untuk booth PEDi.
• Membuat acara kuiz mini Klik Dengan Bijak dan berkenaan PEDi.
• Membuka kaunter pendaftaran ahli baru PEDi.
• Memperkenal PEDi yang terdapat di Hulu Selangor.
• Mewar-warkan perkhidmatan yang ada di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :

• Orang ramai lebih mengenali PEDi.
• Kuiz Klik Dengan Bijak dapat menambah ilmu orang ramai tentang scammer, buli siber dan cara menghindari daripada menjadi mangsa.
• Dapat beramah mesra dengan warga Felda Soeharto.

Nama VIP :

• Pengarah SKMM Pejabat Negeri Selangor Tuan Haji Rizal Bin Abd Malek
• Pengarah (Penguatkuasa) SKMM Pejabat Negeri Selangor En. Mohamad Syukri Jamaludin
• Pengurus Rancangan Felda Soeharto : En. Mohd Qasidinor Bin Mohd Asri
• Ketua Peneroka Felda Soeharto : En Zainudin Bin Mat Naan
• PDRM : ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah
• SHOPEE : Atika Sikun

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :