PROGRAM KESEDARAN MIV SEMPENA PROGRAM WAYANG PACAK FELDA GEDANGSA

Aktiviti terkini |11 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Tapak Perniagaan Felda Gedangsa

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 11 Ogos yang lalu, pihak PEDi Gedangsa dengan Kerjasama KAF Gedangsa telah mengadakan Program Wayang Pacak Felda Gedangsa.
• Program ini dianjurkan khusus untuk meraikan kepulangan anak anak gedangsa dari luar yang pulang ke desa untuk mengundi.
• Selain itu, program kesedearan ICT juga diselitkan dalam program ini bagi memberi kesedaran berkenaan masalah buli siber.


Tujuan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan kempen Klik Dengan Bijak MCMC
• Mengeratkan silaturahim antara agensi dan komunti setempat
• Penerangan tentang objektif utama kewujudan PEDi dalam membantu usahawan setempat
• Memperkenalkan kempen buli siber kepada komuniti
• Mempromosikan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di PEDi pada bulan hadapan


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan untuk meraikan kehadiran anak anak gedangsa yang pulang ke desa untuk mengundi.
• Program kesedaran Klik Dengan Bijak diselitkan bagi memberi informasi berkenaan bahaya Buli Siber.
• Program bermula pada jam 8.00 malam dengan slot Klik Dengan Bijak dan berehat sebentar untuk solat Isyak.
• Tayangan wayang dimulakan pada jam 9.00 hingga 11.00 malam.
• Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Komuniti dapat memperolehi maklumat berkenaan kempen Klik Dengan Bijak

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :