Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM VIRTUAL FUN RUN 2021

Aktiviti Terkini | 11 & 18 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Gedangsa bekerjasama dengan PIBG SMK Gedangsa, mengadakan Program Fun Run versi Virtual dengan menggunakan aplikasi Strava....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI : PAKEJ PERANTI DAN REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

Pengisian ini diadakan melalui live Facebook dan Facebook Page Bersama dengan pengikut pengikut laman facebook rasmi PEDi. Pengisian ini memberi pendedahan dan makluman berkenaan dengan Pakej Peranti dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang diwujudkan khas untuk membantu rakyat Malaysia bagi mendapatkan peranti dan juga lebih diskaun data telefon bimbit...baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Pengisian ini diadakan melalui Google Meet dengan Kerjasama Pusat Internet Komuniti Felda Gedangsa Bersama NZ Venture.Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang ilmu Teknik pengendalian makanan secara baik dan lebih teratur khusus untuk mereka yang bekerja dalam bidang ini. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Felda Gedangsa serta beberapa lagi pusat internet yang lain yang turut serta dalam program ini....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN : ANDA KENAL CFM DAN KEMPEN 3G SUNSET

Aktiviti Terkini | 5 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Felda Gedangsa secara Live FB. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut berkenaan dengan Consumer Forum Malaysia (CFM) dan juga hebahan info berkenaan dengan Kempen 3G Sunset Survey. Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet Komuniti Felda Gedangsa & pengikut –pengikut Facebook Page PIK Felda Gedangsa...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN YG KE 64 : PERTANDINGAN MEWARNA DAN ROTI JALA VIRAL

Aktiviti Terkini | 20 - 31 Ogos 2021

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yg ke 64 tahun, pihak PIK Felda Gedangsa telah mengadakan Pertandingan Mewarna dan juga Pertandingan Roti Jala Viral yang bertemakan kemerdekaan. Pertandingan diadakan bermula pada 20 Ogos dan berkahir pada 31 Ogos 2021 yang terbuka kepada semua yang berada di felda Gedangsa dan juga mereka yang sentiasa bersama kami di Live FB...baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI : KEBEBASAN BERSUARAN BUKAN ALASA UNTUK BERBOHONG

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2021

Pada 11 julai 2021, Pihak Pusat Internet Komuniti Felda Gedangsa PIK telah mengadakan sembang santai secara live di Facebook rasmi kami PIK Felda Gedangsa. Sembang santai ini bermula pada jam 3 petang dengan sesi penerangan ringkas berkenaan dengan Program Jaringan Prihatin yang disediakan oleh pihak Digi....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI : KEBEBASAN BERSUARAN BUKAN ALASA UNTUK BERBOHONG

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2021

Pada 11 jun 2021, Pihak Pusat Internet Komuniti Felda Gedangsa PIK telah mengadakan sembang santai secara live di Facebook rasmi kami PIK Felda Gedangsa. Sembang santai ini bermula pada jam 3 petang dengan sesi penerangan ringkas berkenaan kempen klik dengan bijak yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Telekomunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC). Kemudian sesi perbincangan berkenaan dengan tingkah laku yang salah semasa menggunakan sosial media. Beberapa tips keselamatan berinternet juga dibincang secara menyeluruh selama 1 jam di dalam sesi Sembang Santai ini. Selain itu,perbincangan tentang amalan-amalan murni yang patut diamalkan semasa menggukan internet terutama semasa menggunakan sosial media turut di bincangkan. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab bersama dengan penonton yang live bersama kami....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI : PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2021

Pada 30 Mei yang lalu Pusat Internet Komuniti (PIK) telah mengadakan Program Sembang Santai secara Live di FB rasmi PIK. Program kali ini kami membincangkan tentang bantuan Jaringan Prihatin yang disediakan oleh kerajaan. Program Bantuan Jaringan Prihatin ini terbuka buat semua warganegara Malaysia yang menerima BPR. Kelayakan ini boleh disemak di website rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/. Program Sembang Santai ini bermula sekitar jam 3.00 petang dengan sesi taklimat ringkas berkenaan program Jaringan Prihatin. Serta perkongsian soalan-soalan lazim yang ditanya oleh masyarakat setempat.. sekitar jam 3.45 petang, sesi penerangan lengkap tentang pakej rebat RM300 peranti (untuk prepaid) yang disediakan oleh pihak Digi. Jam 4.00 petang sesi soal jawab dibuka secara umum di komen FB Live. Program berakhir sekitar jam 4.25 petang....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA PDK (INSAN ISTIMEWA OKU)

Aktiviti Terkini | 16 April 2021

Pada 16 April 2021 yang lalu, pihak PIK Gelda Gedangsa dengan kerjasama Ummie Yuts Café telah mengadakan Majlis Jamuan Berbuka Puasa bersama warga PDK untuk meraikan pelajar pelajar istimewa mereka....baca selanjutnya

JUALAN AMAL NASI LEMAK 50 SEN

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2021

Pada 13 Mac yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Gedangsa dengan kerjasama bersama Ummie Yuts Café telah mengadakan jualan amal nasi lemak 50 sen khusus untuk mengumpul dana khas untuk membantu beberapa orang kampung Felda Gedangsa....baca selanjutnya

LETS BE HEALTY WITH COACH AZLINDA (PROGRAM JOM SIHAT DAN KURUS BERSAMA HERBALIFE

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021

Pada 6 Mac yang lalu pihak PIK Felda Gedangsa telah mengadakan Program Lets Be Healthy bersama Coach Azlinda, yang merupakan seorang Coach Program Kesihatan dibawah program Sihat Bersama Herbalife....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI LIVE BERSAMA PIK FELDA GEDANGSA : TIPS KESELAMATAN INTERNET (OVERSHARING) & KUAH ROJAK LELEH INABAM (PUAN AZLINA)

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Pada 17 Januari yang lalu, pihak Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Gedangsa telah mengadakan sesi slot Sembang Santai secara LIVE di Facebook PIK Felda Gedangsa dengan topik keselamatan dalam berinternet serta promosi produk Kuah Rojak Leleh InaBam, Puan Azlina....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI LIVE BERSAMA PIK FELDA GEDANGSA : PUSAT INTERNET KOMUNITI 2021 (PERKHIDMATAN) & STOKIS PRODUK KECANTIKAN (PUAN JUANA)

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2021

Pada 17 Januari yang lalu, pihak Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Gedangsa telah mengadakan sesi slot Sembang Santai secara LIVE di Facebook PIK Felda Gedangsa dengan topik Perkhidmatan Pusat Internet Komuniti di tahun baru serta memperkenalkan usahawa muda , Stokis Produk Kecantikan, Puan Juana....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti