Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023OH MY HIJAIYAH
Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018Aktiviti ini dijalankan sempena cuti sekolah hujung tahun 2018. Aktiviti ini dijalankan khusus untuk menguji pemahaman peserta tentang huruf Hijaiyah yang merangkumi teknik tulisan yang betui dan sebutan yang tepat....baca selanjutnya
PROGRAM MIV : BENGKEL FOTO
Aktiviti Terkini | 25 November 2018Program dijalankan pada hari Sabtu 25 November 2018. Program ini dijayakan bersama dengan sukarelawan MIV Gedangsa. Program bermula pada awal pagi dengan slot pendaftaran peserta selama 30 minit. Kemudian wakil MIV memberi taklimat berkenaan E-Waste serta Klik dengan Bijak. Fokus utama adalah dalam menyemai sifat baik membuang bahan-bahan elektronik di tempat yang betul. Selain itu, wakil MIV juga memberi info berkenaan dengan kesedaran penggunaan telefon di kalangan ank-anak....baca selanjutnya
HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 03 November 2018Program dijalankan pada hari Sabtu 3 November 2018. Program ini bermula seawall jam 8.30 pagi dengan sesi pendafaran peserta. Program bermula dengan aktiviti Puzzle yang diadakan secara terbuka untuk semua peringkat usia. Kemudian, pada jam 10.00 pagi, wakil dari MIV Gedangsa memberi taklimat berkenaan dengan E-Waste dan Klik Dengan Bijak. Selain itu, aktiviti ‘Roda Tuah’ juga dijalankan selepas sesi taklimat itu. Wakil MIV memberi beberapa soalan ringkas berkenaa dengan isu Kesedaran dalam penggunaan Inernet untuk menguji sejauh mana penduduk kampong peka dan cakna dengan isu ini....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet. Program ini membantu Pengurus & Penolong Pengurus Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dan menarik minat komuniti dalam menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, petugas Pusat Internet juga di dedahkan dengan cara berkomunikasi dengan baik antara pelanggan....baca selanjutnya
PERTANDINGAN WORD SEARCH (AUDIO VERSION)
Aktiviti Terkini | 23 September 2018Pertandingan Word Search Audio dijalankan khusus untuk menguji peserta untuk mengenal huruf dalam Bahasa Inggeris. Pada awal aktiviti peserta diperkenalkan dengan perkataan-perkataan asas yang bertemakan warna. Kemudian, peserta dikehendaki mengenal ejaan dan bunyi setiap huruf yang diberikan....baca selanjutnya
JIGZAW PUZZLE MERDEKA
Aktiviti Terkini | 02 September 2018Aktiviti sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia ini dijalankan di Pusat Internet Felda Gedangsa. Program ini melibatkan pelajar berumur bawah 12 tahun yang merupakan ahli Pusat Internet. Pada awal program, peserta ditayangkan dengan video berkenaan sejarah kemerdekaan Malaysia. Kemudian mereka dikehendaki untuk mencai gambar-gambar bersejarah di dalam internet....baca selanjutnya
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018Program ini dijalankan khusus untuk para peniaga gerai dan kedai makan sekitar Felda Gedangsa dan kawasan berdekatan. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta. Pada jam 9.00 pagi bermula sesi taklimat pengenalan berkenaan objektif program. Program ini dikendalikan oleh En Y. Sukumaran wakil dari jabatan kesihatan bahagian Batang Kali. Program ini melibatkan penerangan teknik-teknik penyediaan makanan yang betui khusus untuk jualan di kedai. Peserta diterangkan tentang cara-cara penyimpanan bahan asas untuk menyediakan menu terutama bahan basah seperti ikan dan sayuran. Selain itu, penerangan berkenaan teknik penyimpanan bahan kering yang teratur turut dimaklumkan dalam program ini....baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
Aktiviti Terkini | 02 Julai 2018Program ini dijalankan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2018. Pada tahun lepas, pihak pusat internet hanya menyambut di Pusat Internet sahaja, tetapi pada tahun ini, pihak kami telah bekerjasama dengan pihak FELDA dan NGO yang lain untuk meraikan sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfiri Felda Gedangsa....baca selanjutnya
BE CREATIVE & IMAGINATIVE WITH LEGO
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018Program ini dijalankan khas buat ahli pusat internet, menguji kefahaman para peserta dalam merekabentuk sebuah rumah dengan kreativiti sendiri. Peserta diperkenalkan dengan laman web legoonline yang disediakan oleh google.com untuk kemudahan penggunaanya. Pada awal program, peserta diberi latihan ringkas, sebelum diberi cabaran untuk membina sebuah rumah secara kreatif dengan menggunakan blok-blok lego atas talian. Teknik pengawalan tetikus dan pemilihan blok yang sesuai menentukan hasil rekabentuk set lego mereka....baca selanjutnya
PROGRAM HARI SUKAN KOMUNITI FELDA GEDANGSA
Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018Program santai ini dijalankan khas untuk penduduk kampung Felda Gedangsa. Program dianjurkan oleh pihak Pejabat Felda yang melibatkan pelbagai peringkat usia seluruh Felda Gedangsa....baca selanjutnya
KARNIVAL KEUSAHAWANAN SMK GEDANGSA
Aktiviti Terkini | 28 April 2018PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan aktiviti advokasi dan penerangan pengenalan V-Cash untuk memberi pendedahan kepada golongan ibu bapa supaya peka dengan penggunaan internet di kalangan anak-anak terutama remaja....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI1M FELDA GEDANGSA
Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKSAI DI SMK GEDANGSA
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018Pihak PI1M telah menjalankan aktiviti advokasi yang bertemakan Klik Dengan Bijak khusus untuk golongan ibubapa dan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa...baca selanjutnya
PROGRAM KESEDARAN : GOOD & HEALTY FOOD STORACE
Aktiviti Terkini | 04 Januari 2018PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan program kesedaran Penyimpanan Makanan Secara Sihat. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama bersama pihak Tupperware Brands. Program bermula pada jam 3.00 petang dengan pendaftaran para peserta. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan wakil Tupperware Brands iaitu Puan Azwa. Pengenalan program berkenaan bahan yang digunakan dalam pembuatan bekas plastik serta menu makanan yang boleh disimpan dalam peti sejuk. Para peserta juga diperkenalkan dengan teknik penyimpanan menu dengan betui untuk mengelakkan pencemaran makanan di dalam peti sejuk. Slot kuiz dan menjawab soalan juga dijalankan selepas selesai penerangan. Pada akhir program, cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah bagi para pemenang....baca selanjutnya