Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN BARU 2023
Aktiviti Terkini | 26 - 30 Disember 2022Pertandingan mewarna sempena tahun baru 2023 telah diadakan khusus untuk meraikan keahlian PEDi Felda Gedangsa sepanjang tahun 2022...baca selanjutnya
KARNIVAL KEBERSAMAAN DI AMBANG PILIHANRAYA FELDA GEDANGSA 2022
Aktiviti Terkini | 18 November 2022Program Karnival Kebersamaan di Ambang Pilihanraya dijalankan dengan Kerjasama Bersama pihak KAF Felda Gedangsa dan pejabat FELDA Gedangsa serta PEDi Felda Gedangsa. Program melibatkan komuniti berusia 5 tahun sehingga dewasa. Pelbagai aktiviti dijalankan khusus untuk meraikan kepulangan anak Gedangsa sempena pilihanraya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna pertandingan rebut kerusi pertandingan mengukir buah taklimat khas Teknik mengasah pisau tayangan wayang pacak serta pelbagai lagi....baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL FELDA GEDANGSA 2022
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2022Program sambutan Maulidur Rasul yang melibatkan beberapa agensi di sekitar Felda Gedangsa. Pihak PEDi Felda Gedangsa turut terlibat untuk menjayakan aktiviti ini selaku ajk untuk menyediakan bahan promosi dan hadiah untuk program ini. Di samping itu, pihak PEDi juga membuat hebahan info PEDi serta hebahan aktiviti PEDi akan dating...baca selanjutnya
PROGRAM JUALAN AMAL NASI LEMAK 50 SEN
Aktiviti Terkini | 17 September 2022Program jualan nasi lemak 50 sen yang dianjurkan oleh Biro Keahlian KAF Felda Gedangsa dengan Kerjasama pihak PEDi Felda Gedangsa telah dijalankan pada 17 September yang lalu. Program ini diadakan khusus untuk menjual sambil mengumpul derma untuk individu yang memerlukan bantuan di sekitar Felda Gedangsa...baca selanjutnya
REVIEW PRODUCT : MENU LONTONG DAN BUBUR CACA BY KAK HALIMAH
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan sesi review produk keushawanan PEDi Felda Gedangsa...baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : TIPS BUAT LIVE
Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan perbincangan tips untuk membuat hebahan atau perkongsian info melalui live di media sosial....baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : BANTUAN BINGKAS
Aktiviti Terkini | 8 Julai 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan topik perbincangan berkenaan dengan bantuan BINGKAS yang mula dibuka pada 1 Julai yang lalu. Hebahan berkenaan perkhidmatan untuk memohon melalui online di PEDi juga dimaklumkan melalui live ini....baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : TIPS PENJAGAAN BATERI SMARTPHONE
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan perbincangan tips penjagaan bateri SmartPhone....baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : INTROVERT, EXTROVERT PERSON
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan perbincangan tips keperibadian kendiri untuk mengenali golongan introvert dan extrovert dalam diri seseorang....baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : TIPS MENJADI PENGGUNA MEDIA SOSIAL YANG BIJAK
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022Perkongsian berkenaan tentang tips untuk menjadi pengguna media social yang bijak...baca selanjutnya
MAJLIS IFTAR BERSAMA INSAN ISTIMEWA DAN ANAK-ANAK YATIM DENGAN KERJASAMA UMMIE YUTS CAFÉ, BIRO KEAHLIAN KAF DAN PEDI FELDA GEDANGSA
Aktiviti Terkini | 23 April 2022Majlis berbuka puasa usahasama dari Ummie Yuts Café bersama Biro Keahlian KAF dan PEDi Felda Gedangsa yang diadakan pada 23 April 2022 bagi meraikan pelajar-pelajar PDK serta anak-anak yatim sekolah rendah dan menengah Felda Gedangsa. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan duit raya dari para penyumbang dari komuniti Gedangsa dan sekitarnya....baca selanjutnya
PROGRAM BUBUR LAMBUK KERJASAMA UMMIE YUTS CAFÉ, KAF,GPW, PEJABAT FELDA, MBFM DAN PEDI FELDA GEDANGSA
Aktiviti Terkini | 14 April 2022Program memasak bubur lampur Kerjasama antara NGO sekitar Felda Gedangsa Bersama PEDi Felda Gedangsa yang melibatkan semua ahli jawatan kuasa badan-badan berkaitan. Program bermula pada awal pagi dengan sesi penyediakan barangan dan bahan masakan dan berlangsung dengan acara memasak dan membungkus serta pengedaran melalui wakil ketua kampung...baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : APA ITU KEMURUNGAN
Aktiviti Terkini | 11 Mac 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan perbincangan topik khas berkenaan kemurungan....baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI : TIPS PENCEGAHAN VIRUS COVID-19 DI KAWASAN KEDIAMAN
Aktiviti Terkini | 12 Februari 2022Sesi sembang santai secara atas talian dengan perbincangan tips pencegahan virus Cov-19 di Kawasan kediaman....baca selanjutnya
HARI BERSAMA PELANGGAN : SYARIKAT AIR SELANGOR
Aktiviti Terkini | 25 Januari 2022Program dijalankan dengan Kerjasama pihak Syarikat Air Selangor khusus untuk memberi kemudahan kepada komuniti untuk membuat urusan berkenaan bil air di kaunter bergerak Air Selangor....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya