Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023SEMBANG SANTAI LIVE BERSAMA PIK FELDA GEDANGSA : TIPS MENJADI CONTENT CREATOR & PENGENALAN PRODUK TEMPAHAN (HAZIQ BURGER)
Aktiviti Terkini | 31 Disember 2020Pada 31 Disember yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Gedangsa telah mengadakan sesi slot Sembang Santai secara LIVE di Facebook PIK Felda Gedangsa dengan topik pengenalan berkenaan i-Sinar dan juga pendedahan Scammer...baca selanjutnya
KESELAMATAN FACEBOOK DAN PRODUK TEMPATAN
Aktiviti Terkini | 21 November 2020Pada 21 November yang lalu Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Gedangsa telah mengadakan slot Sembang Santai secara LIVE di facebook PIK Felda Gedangsa dengan isu terkini berkenaan dengan keselamatan dalam penggunaan Sosial Media Laman Facebook serta memperkenalkan beberapa produk tempatan....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT.(PKPB)
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). ...baca selanjutnya
PROGRAM BUBUR ASYURA BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 16 September 2020Memberi kesedaran tentang keselamatan semasa menggunakan medium sosial media. ...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020Memupuk semangat cintakan Negara....baca selanjutnya
PROGRAM MEMBELI SAMBIL BERAMAL (NASI LEMAK 50 SEN)
Aktiviti Terkini |12 Julai 2020Mendapatkan sumbangan dari jualan amal yang dijalankan....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
PERTANDINGAN POP QUIZ ICT DAN PENGETAHUAN AM
Aktiviti Terkini | 29 February 2020Aktiviti ini dijalankan khusus untuk menguji peserta akan kesedaran dan kepekaan mereka akan info-info terkini ICT serta makluman am. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pecahan kumpulan dan juga sesi taklimat ringkas tentang cara permainan. Para peserta dikehendaki untuk bermain permainan mengangkat lidi dan diberi peluang untuk menjawab soalan dengan tepat dengan menulis di computer. Penggunakan enjin carian Google juga digunakansebagai talian hayat peserta untuk menjawab soalan yang diberikan....baca selanjutnya
FESTIVAL KANAK-KANAK
Aktiviti Terkini | 18 Januari 2020Pihak pusat internet telah mengadakan sesi hebahan info kesedaran berkaitan dengan dengan keselamatan semasa menggunakan sosial media sempena Program Kids Festival. Pihak staf Pusat Internet telah menyebarkan info berkaitan tips keselamatan dan juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memantau penggunaan telefon bimbit di kalangan anak-anak. Staf juga membuat sesi soal jawab kuiz ringkas untuk komuniti kampong yang hadir ke Kids Festival ini....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya